Friday, November 18, 2011

Confused..Any opinions??



Okay let say u guys study kat oversea. then sampai kat restoran, nampak ade menu "chilli cheese fries". So automatic terfikir, kandungannnya ade cili, cheese, and fries je..So kesimpulannya semua tu halal untuk dimakan. Then ketika sedang makan, korg rase mcm ade daging hancur yg mcm kat murtabak singapore tu. So, apakah korang akan buat? Nak bagi non muslim nye kawan, die x nak sebab die dh ade makanan die sendiri. Ke nak buang? Nanti mcm membazir pulak..pun dikira dosa sbb buang makanan. Nak makan trus sbb rase mcm xpe coz bukan sengaja bli and kita bli pun sbb x expect die ade meat, tapi xtau boleh ke x? Dosa ke x kalau case mcm ni? 

So any of you who are doing 'blog walking' and tbe2 drop by on my page, feel free to give your opinion k..hee
Thanks all! ;)

3 comments:

Aku said...

reenn..antara halal dan haram seperti hitam dan putih..itu sangat jelas. Sdangkan benda2 syubhah tu kelabu. ada hadith sahih kata,

Dalam sebuah hadis,

عن أبي عبد الله النعمان بن بشير رضى الله عنهما قال , سمعت رسول الله (ص) يقول : إن الحلال بين و إن الحرام بين , وبينهما أمور مشتبهات لا يعلمهن كثير من الناس. فمن التقى الشبهات فقد استبرأ لدينه وعرضه , ومن وقع فى الشبهات وقع فى الحرام , كالراعى يرعى حول الحمى يوشك أن يرتع فيه. ألا وإن لكل ملك حمى , الا وإن حمى محارمه ! الا وإن فى الجسد مضغة , إذا صلحت صلح الجسد كله , وإذا فسدت فسد الجسد كله , الا وهى القلب

Maksudnya : “ Daripada Abdullah bin An-Nukman bin Basyir r.a katanya "Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya yang halal itu telah nyata (jelas hukumnya) dan yang haram itu juga telah nyata (jelas hukumnya) dan di antara kedua-duanya (halal dan haram itu) terdapat perkara perkara syubhah (yang tidak jelas akan kehalalan dan keharamannya) yang tidak diketahui oleh ramai manusia, maka barangsiapa yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubhah itu samalah seperti orang yang telah melindungi agamanya dan kehormatannya, barangsiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara yang syubhah maka sesungguhnya ia telah terjatuh ke dalam perkara-perkara yang haram, seumpama penggembala yang menggembala di sekitar padang rumput yang berpagar hampir-hampir binatang gembalaannya masuk dan memakan rumput-rampai yang berpagar ini.Maka ketahuilah sesungguhnya bagi setiap raja itu ada padanya kawasan larangan dan ketahuilah bahawa sesungguhnya kawasan larangan Allah adalah perkara-perkara yang telah diharamkanNya. Dan ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh itu terdapat satu ketul daging, jika ia baik maka baiklah keseluruhan tubuh dan sekiranya ia rosak maka rosak pulalah keseluruhan jasad, sesungguhnya ia adalah hati." (Diriwayatkan oleh AI-Bukhari dan Muslim)

so, reen...bagi aku..kalo bab2 makanan ni cam crucial sket...daripada dosa/terjeremus bab haram labih baik aku buang je makanan tu...o sebelum buang tanya apa jenis kandungan dlm mknan tu...reenn..do tc care..^_^

Aku said...

Mungkin pnjelasan ni lebih tepat..reennn...carilah pelajar melayu muslim kat toronto tu yang bertudung labuh, pakai handsock n stokin..at least kalo ada pape masalah bab2 agama, ko leh tanya dorang...amik no hp dorang ke...itu baik utk ko..at least ada org jaga ko dgn izin Allah..^^

دع ما يريبك إلا ما لا يريبك

Maksudnya : Tinggalkanlah apa yang meraguimu kepada yang tidak meraguimu.

Ibnu Al-Mundzir telah membahagi-bahagikannya kepada tiga bahagian iaitu:

a. Sesuatu yang memangnya diketahui akan keharamannya oleh seseorang, kemudian dia ragu-ragu (syak) tentangnya; Adakah ia tetap kekal dengan kehalalan nya atau tidak? Seperti dua ekor kambing salah seekor dari kedua- dua ekor kambing itu telah disembelih oleh penyembah berhala lalu kita merasa ragu-ragu kambing yang mana satu telah disembelih oleh penyembah berhala tersebut. Jawapannya tidak halal baginya memakan salah satu daripada kedua ekor kambing ini melainkan jika dia benar-benar yakin akan kehalalan salah seekor daripadanya.

b. Sesuatu perkara itu halal tetapi ragu -ragu (syak) akan keharamannya: Seumpama seseorang yang telah berwudhuk kemudian ragu-ragu sama ada ia masih berwuduk atau telah terbatal wuduknya. Dalam hal ini jika dia yakin bahawa dia sudah berwuduk atau wuduknya masih belum batal, maka hukum ke atasnya ialah dia sudah berwuduk dan wuduknya masih belum terbatal. Sebaliknya jika dia yakin bahwa dia belum berwuduk atau wuduknya sudah terbatal maka hukum ke atasnya dia belum berwuduk dan wuduknya sudah batal.

c. Dan sesuatu yang sama-sama diragui akan keharaman atau kehalalannya (50-50), maka yang lebih utama hendaklah meninggalkan perkara yang diragui itu. Sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap sebiji tamar yang terjatuh dari pokoknya.

"Sesungguhnya aku telah pulang menemui isteriku lalu aku mendapati sebiji tamar di atas tempat tidurku , kemudian aku mengambilnya untuk memakannya, namun aku takut seandainya ia dari sedekah lantas aku mencampaknya."

~DayanaReen~ said...

Ella, thanks so much for the useful info. Aku dh lebih faham dah psl problem ni. Thanks tau! :) Mula2 aku dah makan dah..but then aku cm rase x sedap hati..so end up half of it aku buang je. And actually rase so guilty sbb dh makan half of it. But aku bukan sengaja order mknn tu..x tau ingredient die ade dgg sbb x expect pun..and balik rumah tu rase amat bersalah...and pasni I will be more careful with food. x nak salah makan lagi..huhu.

Btw Ella i never found such girls pon kat cni..pelik gak aku..maybe sbb aku x gi toronto kot. tp cm sgt jarang nampak even kat fb..hmm.